• Home
  • MY REFLECTION
  • MY BIODATA
  • ASSIGNMENT
MUHD MAHADI CREW / ADIEY / EDDEY

AARRRRHHHHH....STRESSSS...!!!!

tugasan 1 (komputer sebagai alat guru dan pelajar)

         Saya Muhammad Mahadi Bin Muda, umur 18 tahun, pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi mengenai konsep komputer sebagai alat, guru dan pelajar. Pada masa kini, komputer bukanlah merupakan benda asing lagi. Komputer ini telah dikenali dalam golongan dewasa dan golongan kanak-kanak. Komputer boleh dilihat sebagai satu alternatif ke arah melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin mencapai matlamat untuk pelajaran dalam penguasaan komputer. Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari. Aksesori seperti papan kekunci, tetikus atau kad grafik boleh dihubungkait supaya komputer dapat menerima input luar dan memaparkan output

          Penggunaan komputer sebagai alat sama ada untuk menghasilkan bahan untuk kegunaan peribadi ataupun untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah selari dengan perkembangan terkini dalam penggunaan komputer dalam pendidikan iaitu komputer merentasi kurikulum. Komputer juga dikatakan sebagai alat komunikasi kerana komputer dapat berinteraksi secara lansung dengan manusia misalnya dalam menampilkan data.

          Komputer sebagai guru adalah dimana komputer berperanan menyampaikan pengajaran yang telah diprogramkan. Pelajar juga boleh berinteraksi dengan komputer dalam bentuk tutorial dimana komputer dapat merekod dan mengurus kemajuan pelajar. Ia membolehkan pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan keperluan pelajar terutama sekali dari segi kandungan dan perkembangannya. Kebanyakan bahan atau perisian kursus interaktif multimedia yang terdapat sekarang menggunakan komputer sebagai guru.

          Komputer sebagai pelajar adalah dimana pelajar menggunakan komputer untuk mengaturcara program komputer. Komputer tidak mengawal susunan atau jenis operasi yang dilakukan oleh pelajar, sebaliknya pelajar yang mengawal komputer. Komputer boleh digunakan oleh pelajar untuk melaksanakan pelbagai tugas dengan lebih cepat, lebih cekap dan berkesan. Selain itu, 
Komputer juga boleh digunakan untuk berkomunikasi, pelajar boleh menggunakan e-mel melalui komputer untuk berbincang tentang tugasan atau topik-topik yang tidak difahami semasa guru/pensyarah mengajar. Dengan ini, pelajar tidak perlu lagi berkunjung ke rumah kawan-kawan dan juga guru/pensyarah sekiranya perlu berbincang tentang sesuatu. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar dan juga guru/pensyarah dapat dipereratkan. 


          Berikut adalah sedikit sebanyak yang dapat saya huraikan mengenai konsep komputer sebagai alat, guru dan pelajar.

MUHAMMAD MAHADI BIN MUDA 
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN SUKAN DAN REKREASI 
FAKULTI PENDIDIKAN ( SUKAN DAN REKREASI ) 
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 BANGI SELANGOR 
01133141992 / 0125232574

(e-portfolio)

a) Apakah anda faham tentang konsep e-portfolio? (dan adakah anda cuba mencari maksud e-portfolio atau hanya melakukan apa yang diminta oleh pensyarah?) 

Jawapan : 
a) Bagi saya, konsep e-portfolio merupakan satu portfolio yang menyimpan, mencatat dan membuat rekod tentang maklumat-maklumat yang dicari oleh pengguna dengan penggunaan komputer. Saya diberikan peluang untuk memahami apakah itu e-portfolio dengan melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, 

Soalan : 
b) Pada pandangan anda, kenapa anda semua dikehendaki membangunkan e-portfolio? 

Jawapan : 
b) Pada pandangan saya, kita semua dikehendaki membangunkan e- portfolio adalah kerana akan memudahkan pembelajaran serta perkongsiaan sesuatu maklumat itu disampaikan. Pembinaan e-prtfolio ini mempunyai banyak kelebihannya seperti ia dapat merekod dan mengumpulkan maklumat seseorang dengan lebih tersusun, serta ia mampu menggalakkan individu untuk lebih bertanggungjawab dengan tugas melalui demonstrasi bukti-bukti pengajaran dan perkembangan kerjaya. E-portfolio ini juga membolehkan perkongsian pengalaman dan teknik bersama rakan-rakan yang lain. 

Soalan : 
c) Apakah kesukaran atau rintangan yang anda hadapi semasa proses pembinaan Weebly itu? 

Jawapan : 
c) Semasa mula-mula menerokai aplikasi weebly, saya mengalami masalah untuk membina satu blog untuk bahagian “Refleksi” dan dua page untuk “Biodata” dan “Tugasan” di laman weebly sendiri . Namun, saya cuba menerokai sendiri bagaimana caranya yang betul untuk menyediakan ketiga-tiga ruang tersebut. Alhamdulillah , berkat usaha sendiri dan Allah telah mempermudahkan, saya berjaya menyiapkan semua yang dikehendaki oleh pensyarah tepat pada masanya. Kini, saya hanya perlu rajin menerokai dengan lebih lanjut berkaitan tajuk-tajuk forum yang dikemukan dan perlu lebih kerap membuka laman web weebly GE1155 untuk mengikuti perkembangan khursus tersebut. 

Soalan : 
d) Apakah jangkaan anda tentang e-portfolio ini? 

Jawapan : 
d) Jangkaan saya terhadap e-portfolio ini dapat memberi manfaat kepada pelajar pada masa akan datang dan digunakan dengan perkara yang berfaedah. Saya juga perlu mendalami dengan mahir berkaitan e-portfolio ini dan boleh dijadikan role model kepada orang lain. 


Soalan : 
e) Apakah cadangan anda untuk penambahbaikan penggunaan e-portfolio ini? 

Jawapan : 
e) Saya menjangkakan yang e-portfolio ini boleh diperkembangkan lagi ke tahap yang lebih tinggi dan turut disesuaikan dalam sesi pembelajaran bagi pelajar peringkat sekolah dengan membina e-portfolio bagi setiap mata pelajaran. Selain itu juga, e-portfolio ini turut boleh digunakan secara terus oleh guru guru dan tidak perlu menulis tangan.Ini memudahkan operasi penyemakan dilakukan secara online. 

MUHAMMAD MAHADI BIN MUDA 
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN SUKAN DAN REKREASI 
FAKULTI PENDIDIKAN ( SUKAN DAN REKREASI ) 
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 BANGI SELANGOR 
01133141992 / 0125232574

tugasan 2 (learning and content managemen system {lms/cms})

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS) 

Learning Management System (LMS) juga dikenali sebagai Sistem Pengurusan Sekolah (SPP). (LMS) merujuk kepada perisian yang keutamaannya bertindak sebagai pendaftar elektronik dengan melaksanakan pelbagai pendaftaran dan tugas-tugas yang berkaitan secara elektronik. Kebanyakan LMS adalah berasaskan Web untuk membolehkan pengguna akses kepada kandungan dan pengurusan pembelajaran. Sistem ini juga digunakan oleh institusi pendidikan untuk memperkaya dan menyokong pembelajaran di bilik darjah dan menyokong pengajaran yang menawarkan kursus untuk jumlah populasi yang ramai di seluruh negara. 

Antara fungsinya ialah menguruskan pengguna, peranan, kursus, tenaga pengajar, kemudahan, dan menyediakn laporan. Selain itu, ianya mempunyai calendar kursus, mempunyai laluan pembelajaran, dan para pelajar dapat menghantar mesej dan notis. Selain daripada itu, penilaian dan ujian dapat di urusakan sebelum dan selepas ujian serta dapat memaparkan keputusan dan transkrip. 

CONTENT MANAGEMENT SYSTEM (CMS) 

Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System ( CMS ) ialah sebuah perisian komputer pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web. Ia membantu pengguna-penggunanya dalam pemprosesan ini. 
Sistem pengurusan kandungan web biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal, dan menerbitkan dokumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna, manual teknikal, panduan jualan, dan risalah-risalah penjualan. Sebuah sistem pengurusan kandungan boleh menyokong ciri-ciri berkenaan seperti mencipta dan mengimport dokument serta bahan-bahan multimedia, kebolehan untuk membahagikan peranan dalam kategori-kategori kandungan yang berbeza, dan mengdefinasikan tugas-tugas penting dalam pengubahsuaian isi kandungan. 

Terdapat beberapa jenis Content Management System atau CMS, iaitu CMS untuk membuat personal blog, CMS untuk membuat e-commerce, CMS untuk membuat web e-learning, dan lain-lain. 

sekian terima kasih.

MUHAMMAD MAHADI BIN MUDA 
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN SUKAN DAN REKREASI 
FAKULTI PENDIDIKAN ( SUKAN DAN REKREASI ) 
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 BANGI SELANGOR 
01133141992 / 0125232574


tugasan 3 (keselamatan komputer dan internet)

Menggunakan ejen pencarian, dapatkan maklumat tentang tajuk yang terpilih:-

(PRINSIP CASPER, GRAFIK, DAN WARNA)

MUHAMMAD MAHADI BIN MUDA 
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN SUKAN DAN REKREASI 
FAKULTI PENDIDIKAN ( SUKAN DAN REKREASI ) 
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 BANGI SELANGOR 
01133141992 / 0125232574

TUGASAN 4 (MEMBINA SOALAN SOAL SELIDIK)

KESELAMATAN KOMPUTER DAN INTERNET
MUHAMMAD MAHADI BIN MUDA 
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN SUKAN DAN REKREASI 
FAKULTI PENDIDIKAN ( SUKAN DAN REKREASI ) 
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 BANGI SELANGOR 
01133141992 / 0125232574

TUGASAN 5 (LAPORAN SOAL SELIDIK)

MUHAMMAD MAHADI BIN MUDA 
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN SUKAN DAN REKREASI 
FAKULTI PENDIDIKAN ( SUKAN DAN REKREASI ) 
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 BANGI SELANGOR 
01133141992 / 0125232574

tugasan 6 (brosur)

Picture
Picture
SILA TEKAN (WAJIB)
MUHAMMAD MAHADI BIN MUDA 
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN SUKAN DAN REKREASI 
FAKULTI PENDIDIKAN ( SUKAN DAN REKREASI ) 
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 BANGI SELANGOR 
01133141992 / 0125232574

tugasan 7 (video)

tugasan 8 (excel)

mahadi.xlsx
File Size: 28 kb
File Type: xlsx
Download File

MUHAMMAD MAHADI BIN MUDA 
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN SUKAN DAN REKREASI 
FAKULTI PENDIDIKAN ( SUKAN DAN REKREASI ) 
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 BANGI SELANGOR 
01133141992 / 0125232574
Powered by Create your own unique website with customizable templates.