• Home
  • MY REFLECTION
  • MY BIODATA
  • ASSIGNMENT
MUHD MAHADI CREW / ADIEY / EDDEY

AARRRRHHHHH....STRESSSS...!!!!

refleksi minggu ke-7 membina soalan soal selidik

12/15/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

       Syukur,alhamdulillah kehadrat illahi kerana limpah dan kurnianya masih diberi kesempatan untuk menimbal dan mencari ilmu pengetahuan dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-7. Saya Muhammad Mahadi Bin Muda pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi.



      Pada minggu ini, Dr. Fariza telah memuat naik satu video cara-cara membina soalan soal selidik. Seterusnya, kami diminta untuk membuat soalan soal selidik menggunakan google form. Sebelum ini saya hanya mempunyai pengatahuan membina soal selidik menggunakan Microsoft Word tetapi pada kali ini saya sekumpulan diminta membina soal selidik tersebut menggunakan Google Form. Secara jujurnya saya tidak berkemahiran untuk membina soal selidik menggunakan Google Form. Setelah dibantu dan diajar oleh pensyarah dan juga rakan-rakan, barulah saya mengetahui bagaimana cara untuk membina soal selidik menggunakan Google Form.



      Alhamdulillah setiap minggu saya mempelajari perkara baru dengan menggunakan kemudahan teknologi pada zaman sekarang ini.



Sekian, terima kasih.
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    _

    Archives

    December 2014
    November 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.